Quantcast
Channel: YunFila.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 582

Manga Death Note Special One-Shot: Igauan Ohba Mengenai Ekonomi Jepun

$
0
0

Siapa sangka selepas siri manga Death Note ditamatkan pada tahun 2006, Tsugumi Ohba dan Takeshi Obata muncul kembali dengan sebuah 'one-shot' istimewa tentang kisah buku pembawa maut kepada sesiapa yang namanya tertulis di atas helaian kertasnya itu. 

AMARAN: Entri ini mengandungi spoiler. Bagi yang ingin terus membaca manga tersebut boleh pergi ke link ini: Death Note Special One Shot


Kali ini Ryuk si shinigami yang bermuka tong pecah tu turun semula ke dunia manusia 10 tahun selepas kematian Light Yagami untuk mencari seorang Kira baru akibat mengidam nak makan epal. Ini kerana sejak Light Yagami sudah mati Ryuk tidak mampu menikmati buah epal sedap-sedap lagi.


Ryuk bertemu seorang budak sekolah menengah bernama Minoru Tanaka yang dikatakan sangat bijak oleh para gurunya walaupun markah peperiksaan Minoru rendah kerana dia tidak pandai berbahasa Inggeris. Adakah sebab ini kerajaan Malaysia ingin memperkenalkan semula PPSMI?


Minoru pada mulanya terkejut melihat rupa Ryuk yang macam kapal pecah tersebut, namun dia segera berasa tertarik dengan tawaran Ryuk yang hendak memberikannya buku nota maut (Death Note) kerana dia pernah mempelajari tentang Kira dalam subjek etika di sekolah. Oleh kerana Minoru tak faham peraturan Death Note yang ditulis dalam Bahasa Inggeris, dia meminta Ryuk terjemahkan untuknya.


Walau bagaimanapun Minoru tidak terburu-buru hendak menggunakan Death Note. Dia meminta Ryuk masa selama 2 tahun sebelum dia benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai Kira baru. Ryuk pun terpaksa berpuasa dari buah epal selama 2 tahun. 

Genap 2 tahun selepas itu, Ryuk kembali menyerahkan Death Note kepada Minoru. Rupa-rupanya Minoru telah membuat rancangan teliti untuk melelong Death Note selama 2 tahun tersebut. Ryuk yang terpinga-pinga kemudiannya disuruh pergi ke sebuah stesen tv untuk mengiklankan lelongan Death Note secara umum. Tak pasal-pasal dia kena jadi promoter produk di kaca tv.


Sementara itu, N yang sudah naik pangkat menjadi L (dan sudah lupa cara menyikat rambut) serta ahli-ahli pasukan penyiasat yang pernah bekerjasama dengannya 13 tahun dahulu sedang mengikuti kes lelongan Death Note yang tersiar melalui iklan selingan dibintangi oleh Ryuk. Mereka bertungkus-lumus cuba membongkar identiti Kira baru sebelum Death Note berjaya dilelong.


Akibat kuasa Twitter, negara Amerika Syarikat dan China berebut membida ke atas Death Note. Akhirnya Amerika Syarikat menang kerana mereka ada Presiden yang macam Donald Trump dan China ada virus Corona. Di samping itu Amerika Syarikat juga menang bidaan kerana mereka menawarkan jumlah wang yang mampu melangsaikan seluruh hutang negara Jepun. Akhirnya L mengangkat bendera putih dan terus mengaku dia orang Amerika.


Tetapi bagaimana Minoru hendak menerima wang bayaran yang amat banyak tersebut tanpa dijejaki oleh L dan pasukan penyiasatnya? 

Langkah seterusnya yang diambil oleh Minoru agak menarik kerana dia meminta Amerika Syarikat memasukkan wang ke dalam setiap pemilik akaun bank Yotsuba yang berusia 60 tahun ke bawah. Maknanya setiap pemilik akaun tersebut akan menerima 1 bil yen seorang. Ya, memang jauh lebih gempak daripada skim Bantuan Sara Hidup.


Ekonomi Jepun yang gawat kemudian berkembang menjadi maju setelah Amerika Syarikat membeli Death Note dari Kira. Rakyat Jepun mula mampu membeli rumah dan kereta selepas itu.


Raja Shinigami yang mendapat tahu tentang lelongan Death Note berasa murka dengan apa yang terjadi lalu menambah peraturan baru iaitu sesiapa yang menjual atau membeli Death Note akan mati. Malangnya Minoru tidak diberitahu tentang peraturan baru tersebut dan dia pun menemui ajal di depan kaunter bank semasa sedang mengeluarkan wang. 

Manakala Presiden Amerika Syarikat pula terselamat daripada peraturan baru tersebut kerana beliau mempunyai kepala otak Yahudi. Mungkin juga dia sebenarnya Dajjal sebab Dajjal tak boleh mati sampai kiamat.


Penulis rasa keseluruhan manga one-shot ini merupakan igauan Tsugumi Ohba yang mungkin menginginkan keadaan ekonomi Jepun pulih daripada kegawatan ekonomi yang makin merosot sekarang ini. Namun pemulihan ekonomi yang diimpikan kelihatan parah kerana terpaksa bergantung kepada kuasa besar untuk "membeli" Jepun keluar daripada belenggu hutang negara.

Adakah ini saja jalan penyelesaian sesebuah negara dilanda masalah ekonomi boleh ambil untuk pulihkan keadaan hidup rakyat?

Yang pasti, akan ada korban yang dianggap sebagai wira oleh sesetengah golongan, dan sebagai penjahat oleh golongan yang lain, di dalam situasi sedemikian.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 582

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Top 10 Best Tagalog Friendship Quotes and Sayings | mrbolero


“BAHAY KUBO HUGOT”


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.