Bak kata orang putih, "when the heart is affected by greed..."
Apabila hati dilanda sifat tamak haloba, semua benda akan diborongnya. Hari ini penulis telah memborong kesemua aiskrim perisa Wall's Mochi yang ada sebaik saja aiskrim berbentuk macam kuih koci tersebut muncul balik dalam pasaran setelah menunggu selama berbulan.
Kali ini bukan sahaja perisa durian, malah penulis berjaya memperolehi juga perisa durian dengan teh hijau dan strawberi keju. Kalau tanya mana satu yang sedap, semuanya memang sedap-sedap.
Tiga jenis perisa aiskrim mochi Wall's yang wujud di dunia setakat ini
Isi mochi durian diperbuat daripada 100% puri durian asli. Buka kotak saja keluar semerbak bau durian...
Manakala yang perisa strawberi keju pula sesuai untuk golongan yang tak minat durian. Mochi ini diisi dengan jem strawberi bersama keju. Rasanya mirip kek velvet cheesecake.
Manakala yang perisa strawberi keju pula sesuai untuk golongan yang tak minat durian. Mochi ini diisi dengan jem strawberi bersama keju. Rasanya mirip kek velvet cheesecake.
Strawberi keju rasanya berlemak dan masam manis di tengah
Aiskrim Wall's durian mochi boleh didapati buat masa sekarang di Lazada sehingga stok habis.