Wilayah Asam Pedas Dan Peranakan... Jom Bersantai Di Melaka! | Siapa pernah pergi ke Melaka? Rugi kalau tak pernah pergi tau sebab Bandaraya Melaka sekarang dah jauh cantik berbanding sebelumnya. Masa Ayuni melawat Melaka baru-baru ni rasa terkejut juga apabila tengok perubahan pembangunan yang indah di sekitar bandaraya.
Sebut tentang Melaka pasti ramai akan terbayangkan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan runtuhan Kota A Famosa yang pernah didirikan oleh penjajah Portugis pada kurun ke-15. Sejarah awal Melaka agak menarik kerana ia merupakan antara negeri tertua di Semenanjung Malaysia di samping Kedah dan Kelantan. Berbeza dengan kepercayaan umum, jajahan empayar Kesultanan Melayu Melaka bukan setakat negeri Melaka yang kita kenali sekarang ini tetapi merangkumi Riau di Indonesia sehingga Pattani di Thailand.
Bandaraya Melaka pernah menjadi pusat entreport bagi aktiviti perdagangan antarabangsa serta pusat akademi pengajian Islam bahagian Nusantara Melayu hasil daripada kemasukan golongan saudagar Islam dari China dan India. Kini Bandaraya Melaka menjadi wilayahnya sendiri dan merupakan destinasi pelancongan terkenal di Malaysia kerana latar belakang sejarah dan keunikan struktur binaan bangunannya. Melaka juga telah diiktiraf oleh UNESCO dan di peringkat antarabangsa sebagai salah satu bandar warisan dunia kerana mempunyai campuran budaya yang menarik untuk diterokai seperti Peranakan atau Baba dan Nyonya.
Bandaraya Melaka pernah menjadi pusat entreport bagi aktiviti perdagangan antarabangsa serta pusat akademi pengajian Islam bahagian Nusantara Melayu hasil daripada kemasukan golongan saudagar Islam dari China dan India. Kini Bandaraya Melaka menjadi wilayahnya sendiri dan merupakan destinasi pelancongan terkenal di Malaysia kerana latar belakang sejarah dan keunikan struktur binaan bangunannya. Melaka juga telah diiktiraf oleh UNESCO dan di peringkat antarabangsa sebagai salah satu bandar warisan dunia kerana mempunyai campuran budaya yang menarik untuk diterokai seperti Peranakan atau Baba dan Nyonya.
Apa yang ada di Melaka? Walaupun Bandaraya Melaka taklah besar mana namun ia menawarkan banyak tempat menarik yang menyeronokkan sepanjang percutian. Boleh pilih sama ada nak bercuti seorang diri, dengan teman, atau bersama keluarga sebab terdapat pelbagai aktiviti yang bersesuaian mengikut jenis percutian. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan ketika bersantai bersama teman atau keluarga ialah menyusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot dalam Melaka River Cruise. Paling best kalau pergi pada waktu malam sebab masa itulah cuaca tak panas dan kita boleh tengok pemandangan lampu-lampu neon yang berwarna-warni di atas bot... pemandangannya tak ubah romantik seperti berada di Venice!
Selain daripada Melaka River Cruise, ada satu lagi tempat yang tak kurang juga menarik iaitu Taman Rekreasi Air Panas Jasin. Taman rekreasi ni memang sesuai untuk pelancong yang suka berendam dalam kolam air panas semulajadi. Segar pun segar, sihat pun sihat. Lagipun ia taklah jauh dari pusat bandar dan mempunyai kemudahan yang lengkap seperti bangsal, taman tema air mini dan tempat parking kereta. Tapi apa yang paling penting kolam air panas kat sini terjaga dan bersih.
Foodie memang wajib pergi ke sekitar Klebang untuk merasa lauk asam pedas dan masakan nyonya yang menjadi resipi trademark Melaka. Salah satu tempat makan yang Ayuni rekemen pergi bila berada di Melaka ialah Warung Nenek Munah. Sarapan pagi dia macam-macam ada - pelbagai pilihan untuk dijamah termasuk roti canai Melayu, mee kari, lontong, dan sebagainya. Untuk peminat asam pedas boleh cuba singgah kedai Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana untuk merasai keenakkan dan keunikkan asam pedasnya.
Kalau nak lawat kawasan bersejarah di Melaka, bolehlah bawa keluarga atau rombongan kelas/sekolah/pejabat pergi ke pusat bandar yang menempati Kota A'Famosa dan muzium-muzium menarik seperti Muzium Kesultanan Melayu Melaka. Di sini terdapat beberapa info sejarah yang boleh dihayati dan sesuai untuk membuat aktiviti bergambar sebab di sekitar kawasannya terdapat beberapa laras meriam peninggalan penjajah Portugis yang menarik dan unik. Jangan lepaskan peluang untuk menaiki dan mengambil gambar dengan beca berhias yang berkeliaran di sekitar pusat bandar Melaka.
Seterusnya dari Kota A’Famosa ni kaki shopping boleh hinggap ke Mahkota Parade di mana tempat ni boleh dikatakan antara mall yang paling popular di kalangan penduduk setempat dan pelancong. Di dalamnya terdapat banyak kedai untuk aktiviti membeli-belah, dan lokasinya juga sangat dekat dengan Menara Taming Sari.
Tak cukup sebenarnya nak merasa keseronokan bercuti di Melaka dalam masa satu hari, oleh itu langkah paling baik ialah book tempat penginapan yang selesa dan sesuai dengan jenis percutian, dan kalau boleh berhampiran dengan tempat menarik yang ingin dilawati. Nak cari penginapan menarik yang kena dengan bajet bila datang bercuti ke Melaka taklah susah mana sebenarnya sebab Melaka mempunyai banyak pilihan penginapan yang sesuai untuk semua orang.
Ayuni cadangkan book mana-mana Melaka hotels on Traveloka sebab mudah nak dapatkan rate yang paling best bila reserve hotel di Melaka melalui Traveloka. Cuma taip 'Melaka City', tempoh hari penginapan dan bilangan orang yang bercuti sama. Terus akan keluar senarai hotel-hotel terbaik di Melaka dengan harga terbaik.
Masa datang ke Melaka untuk menghadiri kenduri kahwin rakan sepejabat, Ayuni dapat book penginapan di Euro Rich Hotel dengan harga tak sampai RM100 pun. Murah, kan? Dahlah selesa, kemudahan serba-serbi lengkap dan berdekatan dengan Menara Taming Sari dan Muzium Flore del Mar pula tu!