Quantcast
Channel: YunFila.Com
Viewing all 582 articles
Browse latest View live

Ajaran Sesat Di Kedah

$
0
0

Ajaran Sesat Di Kedah | Masih wujud ajaran sesat di Kedah? Tahun lepas sahaja sebanyak 13 kes ajaran sesat yang bertentangan dengan Al-Quran dan hadis dilaporkan di negeri ini sejak Enakmen Jenayah Syariah Kedah dikuatkuasakan. Pada 2 Oktober 2017, 4 orang lelaki telah ditahan di Jitra, Kedah kerana dipercayai menyebar ajaran Syiah. Kelmarin pula Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) menerima laporan tentang aktiviti penyebaran amalan ajaran sesat di Kedah berikutan penularan satu klip video yang dipercayai menyebarkan ajaran sesat tersebut di Pulau Tuba, Langkawi. 


Video berkenaan yang tular di media sosial sejak seminggu lalu menunjukkan seorang lelaki dipercayai Tok Guru yang mempersoalkan mengenai kewujudan Allah SWT, syahadat serta rukun solat. Turut kelihatan beberapa orang lelaki lain sedang menyokong kenyataan tok guru tersebut dalam video berdurasi 6 minit itu. Selain itu, beberapa keping gambar memaparkan rumah dan pondok dipercayai tempat untuk menyebarkan fahaman berkenaan dengan kalimah tertentu, termasuk “Allahu Akbar” dan “Al-Rahim” tertulis di dinding luar pondok berkenaan.


Pengarah JHEAIK, Datuk Abdul Rahman Ismail, berkata pihaknya mengarahkan Pejabat Agama Langkawi melakukan siasatan berhubung perkara itu.

Selain Kedah, negeri Perlis, Johor, Selangor dan Perak juga mencatat jumlah kes amalan ajaran sesat tertinggi di seluruh Malaysia.

Sebagai umat Islam kita harus berhati-hati dengan apa sahaja yang tampil dengan menggunakan nama Islam, kerana bukan semua yang bernama "Islam" itu benar-benar Islam. Jangan mudah terpengaruh atau terpedaya dengan sebarang ajaran yang menyimpang dari fahaman Ahli Sunah Waljamaah. Sebarang ajaran yang bertentangan daripada ajaran Islam sebenarnya haruslah ditolak.

Kisah Seram Hotel Amber Court Di Genting Highlands

$
0
0


Kisah Seram Hotel Amber Court Di Genting Highlands | E-mel jemputan ke hotel berhantu? Seperti babak dari sebuah filem seram! Hari ini penuh dalam timeline Facebook di kalangan blogger tentang satu e-mel misteri yang diterima dari penaja sebuah pertandingan bertempat di Hotel Amber Court di Genting Highlands. Hanya 10 blogger akan dipilih dan mereka ditawarkan penginapan serta makanan percuma selama 2 hari 1 malam - tetapi dengan satu syarat, iaitu mereka harus menginap di Hotel Amber Court yang tak kurang dengan kisah seram di sebalik kewujudannya.

Apakah kisah seram Hotel Amber Court di Genting Highlands ini? Bila carian dibuat, muncul banyak kisah seram Hotel Amber Court diiringi dengan gambar-gambar bangunan hotel tersebut yang kelihatan amat usang dan seperti telah lama ditinggalkan manusia. Kebetulan pula, Hotel Amber Court merupakan salah satu kawasan panas bagi golongan penyiasat paranormal mencari entiti. 


Rupa-rupanya kisah seram Hotel Amber Court bermula sejak awal tahun 2000. Setiap kali ada pengunjung yang melalui kawasan hotel ini, mereka akan menceritakan tentang perasaan seram hingga meremang bulu roma apabila melihat keadaan bangunan Hotel Amber Court yang seolah-olah disirami darah. Namun, rupa menyeramkan bangunan ini tidak menghalang orang ramai untuk mengambil gambar sebagai kenangan.

Hotel Amber Court adalah dua bangunan apartmen berkembar di pinggir Genting Highlands yang dikatakan berhantu dan merupakan lokasi sering berlakunya kejadian bunuh diri bagi orang yang kalah judi di Genting Highlands. Setiap unit dalam blok apartment terdiri daripada 2 bilik tidur, sebuah dapur dan ruang tamu. Terdapat pelbagai kisah seram yang diceritakan mengenai bangunan ini antaranya penginap akan mengalami kejadian aneh seperti TV terpasang sendiri dan penginap juga pernah menemui satu lembaga tanpa kepala sedang mendukung anak di dalam lif.

Pengunjuang akan menceritakan tentang perasaan seram hingga meremang bulu roma apabila melihat keadaan bangunan Hotel Amber Court yang seolah-olah disirami darah.

Pemandangan bangunan Hotel Amber Court dari dekat.

Antara kisah seram yang dikongsi oleh mereka yang pernah menginap di Hotel Amber Court ialah di mana tak sampai 5 minit seorang wanita dan pasangannya meninggalkan hotel tersebut selepas mendengar bunyi suara wanita melolong di tingkat 14. Kejadian itu berlaku pada tahun 2009. Dua tahun selepas itu pula, seorang wanita bersama suaminya juga menginap bilik di tingkat yang sama dan dia menceritakan dalam blog miliknya bahawa ada 'sesuatu' yang sedang memerhatinya ketika dia memandang keluar tingkap. Seorang lagi pengunjung pula menulis bahawa dia telah menerima baucar percuma penginapan di Hotel Amber Court melalui ekspo MATTA Fair 2007. Apa yang peliknya, ketika dia menelefon kaunter bantuan pelanggan untuk menukar ke tempat penginapan lain di Genting Highlands, dia diberitahu bahawa kesemua hotel telah penuh kecuali Hotel Amber Court. Akhirnya, pengunjung tersebut membuat keputusan untuk menjenguk Hotel Amber Court bersama abang dan rakannya. Setiba mereka di sana, seorang lelaki yang kelihatan amat tua menyambut mereka di kaunter pendaftaran. Di belakang lelaki tua itu ada tokong merah kecil yang memuja 'Datuk Harimau' (mengikut kepercayaan orang dulu-dulu, pahlawan Melayu yang menjadi roh/semangat, juga dikenali sebagai 'Datuk Keramat'). Sebaik sahaja mereka melihat keadaan bilik mereka yang usang dan penuh dengan barang-barang antik, pengunjung itu dan abang serta rakannya terus tak jadi nak tinggal di situ. Malangnya ada sesuatu yang mengekori mereka bertiga ketika mereka menuju ke arah kereta di kawasan parkir hotel*...

*kesahihan cerita pengunjung ketiga tersebut agak diragui

Penampakan lagi di kawasan parkir hotel Amber Court, Genting Highlands. Cuba cari.

Namun apa yang paling menyeramkan ialah bangunan Hotel Amber Court telah menjadi asrama bagi pekerja warga asing sejak beberapa tahun lalu dengan bayaran serendah RM300 sebulan. Ini telah menimbulkan kemarahan kira-kira 100 pemilik bangunan apartment itu dan pergaduhan juga hampir tercetus semasa mesyuarat agung tahunan bersama wakil pemaju. Baiklah... kisah ini tidak kedengaran sangat menyeramkan kecuali jika anda seorang pemaju hartanah.


Kebetulan pula tayangan filem Haunted Hotel arahan Ryon Lee bermula di Malaysia pada hari ini. Tahukah anda bahawa penggambaran filem seram ini dibuat Hotel Amber Court di Genting Highlands? Filem ini berjaya meraih RM10 juta selepas ditayangkan di lebih 800 pawagam di China sejak Khamis lalu. Barisan pelakon filem terdiri daripada  Li Chuan, Aom Sushar, Teddy Chin, Nadia Aqilah dan Alvin Chong.

Masa

$
0
0

Masa | Assalamualaikum, pertama sekali nak ucapkan jutaan terima kasih buat Kak Ayuni Rafilah sebab sudi beri aku peluang untuk membebel dekat blog beliau. Hi guys, Iha Zaliza here. Ya tahu dah ramai lupa dan tak ingat lagi siapa minah ni. Siapa suruh tak aktif dekat blog lebih 4 tahun. Dek kekangan masa buatkan aku tak ada masa nak update blog (alasan). So kalau masih ada yang ingat pada aku si blogger pencen, terima kasih diucapkan.

Bercakap tentang 'masa', inilah topik yang ingin aku bincangkan. Sebenarnya masa adalah sesuatu harta yang sangat penting buat kita. Pepatah melayu ada mengatakan 'Masa itu emas', pepatah orang putih pulak kata 'Time is money', orang Sepanyol pun ada pepatah 'No dejes para mañana lo que puedas hacer hoy' yang bermaksud 'jangan tunggu hari esok jika anda boleh lakukannya hari ini' (main pilih je quotes Latin ni, macam sesuai pulak).


Jadi dari semua pepatah diatas merujuk pada satu makna iaitu masa adalah sesuatu harta yang tidak kelihatan tetapi sangat bernilai buat kita semua. Kita tak akan tahu apa yang akan berlaku pada hari esok bahkan setiap hari kita lalui dengan teka-teki.

Nak jadi dewasa, nak jadi ketua, nak jadi terkenal, nak jadi bijak, nak jadi berilmu semuanya kita perlu bermain dengan masa. Kerana itu kita perlu pandai seimbangkan keperluan dan kehendak diri agar kita tidak ketinggalan dengan arus detik yang tidak akan berhenti.

Apa yang aku cakap ni bukan sebab aku sempurna. Sebab aku ni spesis lalai dan lemah dalam menguruskan masa jadi aku cuba ingatkan diri aku untuk muhasabah seketika. Sejujurnya sibuk bukanlah alasan utama untuk kita menolak sesuatu yang pernah kita lakukan namun kita tinggalkan di pertengahan jalan.

Contohnya, dulu aku aktif dalam blog, kemudian atas sebab tertentu aku berhenti buat sementara waktu. Bila dah ada ruang yang agak lama, aku pun bertukar jadi blogger pemalas. Blog pun berhabuk. Lupa password pulak tu, hahaha. Jadi aku suka menggunakan perkataan 'sibuk' sebagai alasan utama untuk tidak mengemaskini blog.

Walhal rakan-rakan blogger yang lain turut bekerja, turut mempunyai kerjaya masing-masing yang seratus puluh belas sen kali ganda lebih sibuk dari aku tetapi mampu mengendalikan blog dengan baik. Kerana apa? Kerana mereka pandai membahagikan masa (bahasa mudah faham: diorang rajin aku malas 😃)

Minat adalah kehendak utama dalam diri. Minat inilah yang akan menentukan hala tuju kita. Sibuk macam mana pun kita, kalau kita dah minat sesuatu perkara tersebut kita tetap akan lakukannya. Semoga kita mempunyai minat yang baik supaya masa kita tidak terbuang dengan perkara yang sia-sia. Sejujurnya minat aku yang mendalam terhadap bidang penulisan telah bertukar kepada lukisan. Aku banyak menghabiskan masa dengan melukis. Sekali-sekala aku akan sambung tradisi membebel dekat Facebook untuk mengasah ilmu penulisan.


In shaa Allah jika ada rezeki aku akan buat bisnes lukisan yang diberi nama IHA: I Heart Art dan akan menghasilkan buku motivasi serba-sedikit berkaitan kehidupan aku di hospital.

Kita kena ada target dalam hidup. Pilih seseorang yang telah berjaya dalam bidang yang kita ceburi/minati dan sentiasa set dalam minda 'aku nak jadi macam dia'. Ulang banyak kali sampai kita hafal. Jika kita bersungguh tak mustahil kejayaan akan mengejar kita dan masa akan menyebelahi kita.

Jom cipta semangat baru, jadikan masa sebagai KBTJ (kawan baik till jannah) kita 😉

Yang ikhlas,
Si blogger pencen yang dah lupa password blog beliau.
Bila Budak Banyak Bebel 

Apa Itu Ragnarok?

$
0
0

Tulisan dan simbol Ragnarok

Apa Itu Ragnarok? | Sebenarnya masa Ayuni kecil, Ayuni cuma tahu Ragnarok itu ialah nama senjata dan "summon" dalam siri permainan video Final Fantasy (Ragnarok juga ialah nama pesawat dalam Final Fantasy VIII). Dalam siri Final Fantasy, Ragnarok digambarkan dalam rupa sebilah pedang yang paling berkuasa. Semasa remaja, Ayuni juga pernah bermain satu permainan MMORPG online yang popular suatu ketika dulu yang dikenali sebagai Ragnarok Online. Apabila Ayuni mula membaca kisah mitos Norse dari Jerman, baru Ayuni tahu bahawa Ragnarok bermakna 'tanda-tanda kiamat', iaitu tanda-tanda yang menunjukkan kemusnahan dunia.

Ragnarok merupakan nama senjata dalam Final Fantasy VI

Menurut mitos Norse, Ragnarokkr atau Ragnarok berlaku apabila dunia melalui beberapa bala di akhir zaman seperti peperangan, bencana alam, kematian dewa-dewa serta kehancuran seluruh bumi dalam sebuah kebakaran dan banjir besar. Selepas itu akan wujud semula dunia yang baru daripada kehancuran dunia sebelumnya, di mana dewa-dewa yang terselamat di masa lalu akan bergabung semula, manakala dua orang manusia yang masih hidup akan memenuhi semula bumi dengan generasi manusia yang baru. Perihal ini terawal sekali dihuraikan dalam teks manuskrip Codex Regius, sebuah manuskrip yang mengandungi kisah-kisah kuno dari Scandinavia tempat asalnya kaum Viking.

Filem Thor: Ragnarok merupakan adaptasi komik Marvel yang mencampur-adukkan 
mitos Ragnarok yang asal dengan fiksyen moden.


KISAH RAGNAROK MENGIKUT MITOS JERMAN

Tanda terawal berlakunya kiamat bermula apabila Baldur, iaitu anak kesayangan Odin, mati dibunuh oleh kembarnya yang buta, Hud, melalui rancangan Loki. Baldur merupakan Dewa Cahaya, Semangat, Kehidupan dan Harapan oleh itu kematiannya dianggap sebagai tanda dunia sedang menuju ke arah penghujung zaman oleh dewa-dewa yang lain. Loki dikurung bersama anaknya Fenrir di sebuah pulau bagi menghalang mereka mengganggu ketenteraman 9 Dunia yang bergantung pada pohon alam Yggdrasil. Namun Loki dan Fenrir berjaya melepaskan diri tidak lama kemudian dan mereka menghimpun bala tentera raksasa untuk memerangi dewa-dewa. Di saat Heimdall melihat kemaraan bala tentera Loki ke arah Asgard, Heimdall meniup sangkakala miliknya bagi memberitahu para dewa bahawa kiamat sudah tiba. Berlakulah peperangan terakhir antara golongan dewa menentang raksasa.

Ketiga-tiga anak Loki: Fenrir si serigala yang membaham Odin; Hel si penjaga alam barzakh yang enggan melepaskan Baldur kepada dewa-dewa lain untuk dihidupkan semula; dan Jormungand si naga yang membunuh Thor; menjadi figura utama dalam kisah Ragnarok.


Sementara itu di bumi (Midgard) pula, manusia menjadi semakin kejam dan melakukan kerosakan di muka bumi sewenang-wenangnya. Akibat sibuk dengan peperangan di antara sesama mereka sendiri di Asgard, dewa-dewa tidak lagi mempedulikan manusia. Akhirnya bangsa manusia hancur akibat maksiat yang mereka lakukan serta serangan oleh raksasa. Seluruh bumi dijilat api dan segala kejahatan musnah dalam kebakaran sehingga muncul bah besar yang memadam api tersebut lalu menenggelamkan bumi. Hanya tinggal dua orang manusia terselamat daripada bencana di bumi. Bumi kembali menjadi subur dengan pohon-pohon menghijau dan tanah segar dari mana kedua-dua manusia itu bangkit dari tidur yang lama. Pasangan manusia yang dikenali sebagai Ask dan Embla ini kemudiannya menjadi ibu dan bapa manusia pertama di bumi yang lahir semula selepas berakhirnya zaman Ragnarok. 


Beberapa lama kemudian, dewa-dewa yang terselamat (Baldur dan Hud dihidupkan kembali) dari musibah peperangan Asgard mula mengingati apa yang telah berlaku di masa lalu. Mereka mengenali semula sesama sendiri apabila bertemu. Timbul pendedahan kepada mereka bahawa terdapat sebuah lagi dunia yang lebih kukuh dan kekal daripada Asgard, dan mereka mengimpikan syurga itu. Dewa-dewa ini kembali bersatu dan meneruskan kewujudan mereka dengan membantu manusia membina kehidupan di dunia baru.

Cara Menyertai Lazada Online Revolution Blogger Contest

$
0
0

Cara Menyertai Lazada Online Revolution Blogger Contest | Seronoknya bila dapat jemputan daripada Lazada Malaysia untuk menyertai peraduan Lazada Online Revolution Blogger Contest yang dianjurkan khas bagi para blogger sempena pelancaran kempen terbaru Lazada iaitu Online Revolution: Shop The Universe. Peraduan ini akan berlangsung dari 1 November sehingga 14 Disember 2017 dan seramai 111 orang blogger bertuah akan dipilih secara rawak bagi memenangi pelbagai hadiah yang menarik.

Peraduan terbuka kepada blog dalam semua bahasa, tidak kira sama ada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Iban, atau Bahasa Rojak. Apa yang penting entri haruslah menceritakan tentang kempen Online Revolution: Shop The Universe yang akan dilancarkan pada 11 November dan berakhir pada 14 Disember 2017 nanti. 

Para peserta juga wajib menjawab beberapa soalan oleh Lazada dalam penulisan artikel masing-masing (lihat soalan-soalan berikut di pautan ini: www.lazada.com.my/blogger-contest. Jawapan kepada setiap soalan mestilah diiringi dengan screenshot produk-produk yang dinyatakan. 

Penyertaan harus dihantar melalui e-mel ke contest@lazada.com.my.

Apa lagi, jom sertai Lazada Online Revolution Blogger Contest beramai-ramai kerana lebih ramai jumlah peserta, lebih banyak lagi hadiah berupa wang tunai akan ditaja oleh Lazada Malaysia... sejumlah wang tunai bernilai RM14,500 akan diagihkan kepada 111 orang pemenang terpilih dan hadiah utama wang tunai bernilai RM1,000 akan diberikan kepada pemenang pertama!

Info lanjut tentang syarat peraduan boleh diperolehi di sini: www.lazada.com.my/blogger-contest

Dinosaurs Alive In Kuala Lumpur!

$
0
0
Dinosaurs Alive In Kuala Lumpur! | Imagine getting close to a bunch of Jurassic creatures that used to roam Earth around 165 million years ago, right in the heart of the city! Will you run or will you hide? Or will you join in the fun as 40 dinosaurs roar at you while you dig away for dino fossils?

"Hi, there! 'sup?"

If you're still wondering where to bring the kids during this last few weeks of their school holiday, try visiting the Dinosaurs Alive In Kuala Lumpur! exhibition which is located at the Malaysian Tourism Centre in Jalan Ampang, Kuala Lumpur. I had a wonderful time going there with my sisters and I am sure that your kids will love it too. Be careful when entering​ the dinosaurs' lair, you may end up being their next meal. Just kidding. Bring your kids here during the school holiday!

Around 40 animatronic dinosaurs spring to life as visitors step into the hall which has been transformed into a Mesozoic era jungle, the atmosphere wild and alien... it feels like you're going back into time and actually meeting the Jurassic reptiles face to face. Or more like face to foot. The T-Rex is humongous - it stands tall at the same height as a double storey building!

These dinosaurs are huge! How many burgers do you think they can eat at a time?
"Feed me, you incompetent biped of the Earth's meteor shower excess!"
"*Me posting a Facebook status*: Hey guys, a dinosaur just roared at me!"
Careful... it might try to bite your hand off!
A human is hatching out of a dinosaur egg. How peculiar. Oh, it's just my sister.
Err... what's so funny, guys?
The Irittator. Must have been a very irritating dinosaur species back then.
Apart from discovering the life-like dinosaurs, kids (and adults) can also participate in fun dino-related activities at the activity corners provided in the hall. You get to be a paleontologist unearthing your own dino fossil for a day! If you're interested to know how dinosaurs lived when they roamed the earth, there is a mini cinema section where you can watch engaging documentaries about the Jurassic world.

Dino fossil displayed in a glass case in front of the hall
Children immersing themselves in paleontological work. Look how serious they are.
Horatio, is that you? A replica of the T-Rex skull

My thanks to Eventbrite and Jan, the manager of Dinosaurs Alive In Kuala Lumpur!, for allowing us the opportunity to enjoy this wonderful Jurassic sight-seeing experience.

ABOUT DINOSAURS ALIVE IN KUALA LUMPUR! 

Location: Malaysia Tourism Centre, ​Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Operation hours: 10 a.m - 10 p.m daily
Tickets: Child (RM30 except for children below 3 years old, it's free) , Adult (RM50)

There are only a couple of weeks left until Dinosaurs Alive In Kuala Lumpur! show ends, so hurry and get your tickets immediately. Tickets are available online and on-site at the Box Office. For more info on Dinosaurs Alive In Kuala Lumpur! visit https://www.dinosaursalive.asia

Menang Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

$
0
0
Menang Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017 | Masih ingat lagi tak entri Ayuni yang ditulis untuk menyertai Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017 bulan lepas? Entri tentang barang pertama Ayuni beli secara online tu? Link: Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017 . Semalam Lazada Malaysia dah umumkan nama-nama pemenang contest tersebut dan alhamdulillah, Ayuni juga terpilih sebagai salah seorang pemenang hadiah tempat ketiga. Seramai 50 orang blogger terpilih sebagai pemenang dan nampaknya dapatlah kami shopping beramai-ramai secara online di Lazada selepas ini.


Apa Ayuni nak beli dengan hadiah baucar bernilai RM100 itu ya? Mungkin Ayuni patut beli Korean BBQ Style Grill and Steamboat 2 in 1 ini? Harganya pun agak murah (RM99.00) dan dalam lingkungan bajet nilai baucar.


Tahniah kepada pemenang-pemenang lain. Terima kasih Lazada Malaysia!

Kondom Perisa Nasi Lemak

$
0
0

Kondom Perisa Nasi Lemak | Semalam Ayuni dan adik perempuan Ayuni singgah di salah satu cawangan kedai My News.Com yang baru dibuka di Medan Tunku. Tempatnya agak luas dan selesa serta lengkap dengan tempat makan, kemudahan penyediaan makanan segera (air panas untuk bancuh minuman pek, ketuhar untuk memanaskan makanan), soket untuk mengecas telefon dan wi-fi percuma. Kami pun masing-masing membeli Maggi Hot Mealz untuk dimakan di situ sambil menumpang guna wi-fi.

Semasa adik Ayuni kembali dari kaunter bayaran, dia pandang Ayuni sambil buat muka pelik. Ayuni bertanya, "Kenapa?"

"Ada ke patut dia letak benda tu di depan kaunter. Nasib baik kita tak terbeli...."

"Apa bendanya?"

"Tu... dekat depan kaunter bayaran tu. Dekat dengan bahagian coklat dan gula-gula. Mula-mula adik ingatkan gula-gula baru. Bungkusan dia nampak berwarna-warni. Adik tengok lagi dekat-dekat, rupa-rupanya kondom. Ciss..."

Ayuni buat muka selamba sahaja sambil makan Maggi Hot Mealz perisa tom yam kaw. Adik Ayuni menutup matanya dengan sebelah tangan sambil menggeleng kepala seolah-olah mahu membuang ingatan beberapa minit yang lalu. Dia masih innocent.

Tertanya-tanya juga, syarikat mana yang gila sangat buat kondom perisa nasi lemak? Tak rasa pedas ke err... wanita yang... errr... tak apalah. Jangan fikirkannya.

Rupa-rupanya kondom tersebut memang wujud dan merupakan hasil buatan sebuah kilang di Malaysia. Sudah tentu... nasi lemak kan makanan identiti Malaysia? Tetapi untuk menjadikannya sebagai perisa kondom adalah sesuatu yang pelik.


Syarikat Karex Berhad yang beroperasi di Pelabuhan Klang, Selangor, dan juga merupakan pengeluar kondom terbesar di dunia, telah melancarkan produk kondom jenama Carex terbarunya iaitu kondom berperisa nasi lemak sejak November 2017. Kondom jenama Carex sebelum ini terkenal dengan pelbagai perisa, termasuk anggur dan durian, dan dalam pelbagai bentuk rekaan.

Menurut ketua eksekutif Karex Berhad, Goh Mah Kiat, Karex mengambil masa enam bulan mengkaji bahannya sebelum memutuskan perisa itu dengan bau seakan-akan santan dan pelincir hangat. 

Syarikat Malaysia itu dilaporkan merekodkan pendapatan US$92 juta (RM395 juta) tahun lalu dan mengeksport lima bilion kondom ke 120 negara. Karex menguasai kira-kira 17 peratus pasaran dunia untuk produk kondom.

Kini Ayuni tidak berselera untuk melihat mahu pun memakan nasi lemak setelah mengetahui hal ini.

Bila Budak Baru Nak Up...

$
0
0
Bila Budak Baru Nak Up... | Pernah nampak tak budak-budak kecil yang comel mengeluarkan kata-kata tak senonoh tetapi mukanya langsung tak menunjukkan perasaan bersalah? 


Nak marah pun tak boleh sebab budak itu tak faham apa yang diucapkannya... dia ingat kalau hendak tarik perhatian orang untuk mendengarnya dan berkomunikasi dengan orang tua-tua, kena guna perkataan yang orang tua-tua gunakan juga. Itulah budak-budak namanya.

Memang nampak agak melucukan, namun ini menunjukkan ibu bapa serta orang dewasa harus berhati-hati apabila mengeluarkan perkataan tertentu semasa berbual terutama sekali di tempat awam. 

Memang lumrah budak kecil akan menangkap perkataan tertentu yang disebut oleh orang dewasa lalu mengulang balik perkataan tersebut. Kalau ada datuk atau nenek yang lemah jantung di rumah, memang boleh naya dibuatnya.

Robot Pertama Diberi Kerakyatan Dalam Sejarah Dunia

$
0
0

"Ia detik bersejarah apabila menjadi robot pertama di dunia diberi taraf kerakyatan."- Sophia (persidangan Future Investment Initiative, 25 Oktober 2017)

Robot Pertama Diberi Kerakyatan Dalam Sejarah Dunia | Buat pertama kali dalam sejarah dunia sebuah robot diberikan hak kerakyatan dan menjadi warganegara yang sah. Baru-baru ini di persidangan Future Investment Initiative di Riyadh, Arab Saudi, sebuah robot yang diberi nama Sophia, diberikan kerakyatan penduduk negara Arab Saudi. 

Sophia adalah robot manusia yang dibangunkan firma Hong Kong, Hanson Robotics dan pernah memberi ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Robot yang mempunyai kecerdasan buatan (A.I) itu boleh berbual, tersenyum dan membuat cerita lucu. Dalam ucapan di persidangan di Riyadh itu, Sophia berkata, dia berasa sangat dihargai dan bangga dengan pengiktirafan itu

Ini merupakan detik sejarah yang unik di kala dunia sedang dilanda dengan konflik di mana ramai manusia tidak memiliki status kewarganegaraan yang sah di mana-mana negara, serta dirampas hak kewarganegaraan dan diusir keluar daripada negara mereka.

4 Perkara Yang Harus Dibuang Menjelang 2018

$
0
0

4 Perkara Yang Harus Dibuang Menjelang 2018 | Setiap kali menjelangnya tahun baru sudah pasti ada azam baru yang dibuat untuk menjadikan tahun depan lebih baik daripada tahun sebelumnya. Jika anda bukan seorang yang suka membuat azam tahun baru pun, sekurang-kurangnya ada tersemat di dalam diri anda keinginan untuk meraih kebahagiaan dan kegembiraan sepanjang tahun akan datang. Jom buat semakan perkara yang harus dibuang menjelang 2018 bagi mencapai kehidupan yang lebih bahagia berbanding tahun 2017 dan sebelumnya.


1. Alasan


Apabila anda mengatakan akan melakukan sesuatu, maka lakukan segera dan jangan beri alasan untuk tidak melakukannya. Alasan hanya akan menghalang anda daripada mencapai kejayaan. Anda akan mula mendapati kata-kata anda sendiri menjadi sokongan moral kepada diri anda dan memberi kekuatan untuk anda menempuhi segala kesulitan. Ini kerana anda telah melatih diri untuk berbuat sesuatu tanpa bersandar kepada alasan.

2. Mudah berpuas hati


Ada yang menyamakan sikap mudah berpuas hati dengan rasa bersyukur, namun ini salah sama sekali. Sikap mudah berpuas hati dengan kerja yang tidak dicurahkan dengan tenaga dan keikhlasan sepenuhnya akan mengakibatkan seseorang menjadi malas dan tidak gembira pada akhirnya. Perangai mudah berpuas hati dengan apa yang ada tanpa cuba memperbaiki serta mempertingkatkan mutu pekerjaan dan kehidupan adalah sama dengan perangai menzalimi diri sendiri. Akibatnya seseorang atau masyarakat yang mudah berpuas hati tanpa ingin melakukan perubahan untuk maju dalam hidup akan menjadi mundur.

3. Manusia negatif


Hidup ini singkat. Maka jangan biarkan hidup anda dirosakkan oleh manusia yang negatif. Contohnya golongan makcik bawang. Orang-orang ini tidak mendatangkan faedah kepada masa hadapan anda, dan jika anda masih menyimpan mereka dalam golongan rakan anda ia menunjukkan tahap keyakinan diri anda sangat lemah kerana anda rela membiarkan orang lain tidak menghormati anda. Oleh itu carilah kawan baru yang tahu menghormati anda dan tidak akan melayan anda seperti sampah.

4. Berlebih-lebihan


Amalkan konsep wasatiah dalam kehidupan anda. Sikap berlebih-lebihan dalam banyak perkara seperti makan, minum, perbelanjaan, hobi, dan sebagainya akan membawa padah jika tidak dikawal. Terutama sekali dalam keadaan ekonomi negara yang tidak berapa stabil ini, maka haruslah anda merancang perbelanjaan dengan teliti. Oleh itu jalani kehidupan yang seimbang dan latihlah diri untuk menjadi lebih berdisiplin dalam membut pilihan. Apabila kehidupan menjadi seimbang, anda akan mendapati diri menjadi lebih produktif dan lebih bahagia. 

Misteri Penampakan Di Langit Akhirnya Terbongkar

$
0
0

Misteri Penampakan Di Langit Akhirnya Terbongkar | Semasa Rafael Vecchi berada di dalam perjalanan terbang dari Arizona ke Utah, dia menjadi tergamam setelah mendengar pengumuman mengejut dari juruerbang melalui interkom yang mengatakan dia "ternampak sesuatu yang luar biasa dari luar tingkap belah kiri". Rafael memberitahu Space.Com, "kesemua penumpang pesawat segera berkerumun ke tingkap belah kiri untuk melihat objek yang dimaksudkan oleh juruterbang tersebut." Rafael menunjukkan foto yang dia sempat rakam dengan telefon pintarnya.

Imej objek luar biasa di luar tingkap pesawat yang dirakam oleh Rafael Vecchi

"Beberapa minit kemudian juruterbang pesawat menjelaskan bahawa objek tersebut ialah roket yang baru dilancarkan dari Markas Tentera Udara Vandenberg. Saya pernah baca biografi Elon Musk (pengasas SpaceX) dan menonton pelancaran roket dalam Youtube sebelum ini. Ini merupakan detik paling mengujakan bagi saya kerana berpeluang melihat pelancaran roket SpaceX dengan mata kepala saya sendiri," ujar Rafael lagi.

Semenjak minggu lalu masih ramai yang menyangka objek bercahaya misteri yang mereka nampak di langit ialah UFO.


Misi Iridium-4

Pada hari Jumaat, 22 Disember 2017 pada jam 5:27 p.m waktu Pasifik, Markas Tentera Udara Vandenberg di California, Amerika Syarikat telah berjaya melancarkan roket Falcon 9 keluaran SpaceX sempena Misi Iridium-4. Ini merupakan satelit keempat daripada 75 buah satelit yang akan dilancarkan oleh SpaceX dalam projek berikutnya Iridium Next yang bertujuan menempatkan manusia di planet lain pada masa depan.

Video rakaman pelancaran Falcon 9 di California


SpaceX

SpaceX merupakan satu-satunya syarikat swasta dalam dunia yang bergiat dalam penghasilan roket dan pesawat angkasa. Ia ditubuhkan pada tahun 2002. Matlamat utama SpaceX ialah memperbaharui teknologi pesawat angkasa bagi membolehkan manusia dari Bumi berpindah ke planet-planet lain. Elon Musk, pengasas serta CEO syarikat SpaceX, memfokuskan planet Marikh sebagai destinasi pertama koloni manusia dari Bumi di masa akan datang. Di samping Falcon 9, SpaceX juga memiliki pesawat angkasa Dragon yang berfungsi mengangkut kargo dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk NASA. Pada bulan Februari 2017, Elon Musk mengumumkan SpaceX akan membawa dua orang individu sebagai pelancong angkasa mengelilingi Bulan pada hujung tahun 2018. Kedua-dua individu yang dirahsiakan nama mereka dikatakan telah membayar deposit kepada SpaceX untuk perjalanan tersebut.

Ibu pejabat SpaceX
Elon Musk, pengasas dan CEO syarikat SpaceX
Projek Falcon Heavy

Setakat ini SpaceX masih dalam proses menyiapkan Falcon Heavy di Cape Canaveral, Florida yang dijangka akan menjadi roket paling berkuasa tinggi dalam dunia menjelang Januari 2018. Teras utama Falcon Heavy melibatkan 3 buah roket Falcon 9 yang digabung bersama bagi membolehkan ia membuat tujahan yang berkali ganda lebih kuat daripada sebuah roket Falcon 9. Antara kenyataan yang dibuat oleh Elon Musk semasa dia ditemuramah tentang projek Falcon Heavy ialah dia ingin menerbangkan sebuah kereta sport model Tesla Roadster ke Marikh, "Kereta merah untuk ke planet merah." - Ayuni Rafilah, Misteri Penampakan Di Langit Akhirnya Terbongkar, 27 Disember 2017, 2:17 A.M

Foto terawal Falcon Heavy yang didedahkan oleh Elon Musk melalui akaun Twitter miliknya
Kereta Tesla Roadster yang dikatakan bakal diterbangkan ke angkasa di atas Falcon Heavy

Koleksi Gubahan Hantaran Yang Pelik

$
0
0
Koleksi Gubahan Hantaran Yang Pelik | Pelik dan unik. Kebetulan pula Ayuni sedang menyediakan gubahan hantaran perkahwinan untuk pihak sebelah sana sepanjang minggu ini. Siapa yang tengah mencari idea untuk gubahan hantaran bolehlah tengok-tengok koleksi gubahan hantaran yang pelik di bawah ni...

Hantaran kuali bagi pasangan yang gemar memasak

Hantaran buah-buahan tempatan bagi pasangan yang menyokong barang tempatan

Hantaran durian yang semestinya digilai peminat durian

Hantaran selipar

Hantaran selipar Jepun

Hantaran stok barangan keperluan dapur

Hantaran sport rim

Hantaran kucing untuk peminat kucing

Sistem Derma Guna PayWave Ganti Tabung Masjid

$
0
0

Sistem Derma Guna PayWave Ganti Tabung Masjid | Biasanya kita selalu dengar orang bayar untuk pembelian mereka di kompleks membeli-belah dan restoran dengan menggunakan sistem PayWave kad debit / kad kredit sebagai ganti kepada pembayaran secara tunai. Tetapi tahukah anda bahawa anda juga boleh menggunakan sistem PayWave untuk menderma kepada masjid? 


Sejak pelancarannya pada Januari 2016 lalu, Bank Islam telah memperkenalkan Terminal e-Donation melalui Visa PayWave sebagai platform untuk pengunjung masjid memberi sumbangan menggunakan kaedah elektronik kad tanpa sentuh daripada kad debit dan kredit. Ayuni berpeluang menggunakan produk inovasi terbaru ini dari Bank Islam di Masjid Wilayah Persekutuan semalam dan ia sememangnya memudahkan orang membuat sumbangan kepada pihak masjid. Cuma keluarkan kad daripada dompet, imbas dan selesai.

Banyak juga kebaikan menggunakan teknologi baru ini kerana:

  • Lebih dipercayai kerana tidak melibatkan kutipan derma oleh orang tengah
  • Menyenangkan pengunjung yang tidak membawa wang tunai dalam tangan
  • Pengunjung tidak akan mengalami masalah menukar matawang besar
  • Menghindari risiko kecurian tabung masjid

Nilai derma yang ditetapkan ialah minimum RM1 dan maksimum RM15 sekali imbas.


2018: 5 Perubahan Yang Dijangka Akan Berlaku

$
0
0
2018: 5 Perubahan Yang Dijangka Akan Berlaku | Selamat tinggal 2017... dan Selamat Tahun Baru 2018. Setiap tahun dunia akan melalui perubahan dalam gaya hidup masyarakat melalui pelbagai aspek merangkumi sosial, ekonomi, politik, teknologi, budaya dan kesihatan. Agaknya apakah corak perubahan yang kemungkinan akan ditemui pada tahun 2018? Di bawah merupakan senarai paling popular 5 perubahan yang dijangka akan berlaku sepanjang 2018 berdasarkan perbincangan santai dengan majoriti blogger dari seluruh dunia sejak seminggu lalu.



1. Kenderaan tanpa pemandu: Kenderaan pengangkutan awam dan peribadi akan dilengkapi dengan sistem teknologi pintar. Manusia tidak akan memandu kenderaan lagi, sebaliknya kenderaan berfungsi untuk menjemput dan menghantar penumpang yang menetapkan kedudukan lokasi mereka. Kenderaan yang membawa penumpang juga mampu berinteraksi dengan penumpang serta menyediakan hiburan dengan memainkan lagu, menayangkan video, atau menyediakan permainan konsol di sepanjang perjalanan. Bayangkan kereta Uber yang tidak mempunyai pemandu membawa anda ke destinasi pilihan sambil berbual dan bermain permainan video dengan anda. Idea asal? Siri Knight Rider yang dibintangi oleh David Hasselhoff.
2. Social media influencer hilang pengaruh: Pemengaruh media sosial (social media influencer) yang berbayar akan hilang tempat dalam dunia platform media disebabkan hala tuju ekonomi baru syarikat-syarikat yang mula beralih kepada konsep penjenamaan berteraskan authenticity (keaslian). Dengan adanya kewujudan aplikasi atas talian seperti Instagram, syarikat kini mudah mencari status orang awam untuk dijadikan bahan kempen bagi produk mereka. Malah, menurut David Sable, seorang CEO agensi kreatif Y&R, syarikat-syarikat akan berhenti menggunakan golongan social media influencer bagi menjimatkan kos pemasaran.


3. China 'raja' model dasar ekonomi baru: Menurut pandangan beberapa blogger dari Amerika Syarikat, mereka sebulat suara bersetuju bahawa dasar ekonomi negara China lebih teguh berbanding dengan dasar ekonomi negara mereka. Kekuatan ekonomi China dijangka mampu menyaingi dua kali ganda ekonomi Amerika Syarikat dalam masa lebih kurang dua dekad ini. Buat masa sekarang pertumbuhan ekonomi China mencapai 6 peratus nilai KDNK berbanding Amerika Syarikat yang cuma mencapai 2 peratus. Walaupun China bukan antara negara yang terkaya dalam dunia, ia merupakan negara dengan sistem ekonomi paling berkuasa kerana mampu mengeluarkan barangan pada harga yang murah dan dibeli oleh negara-negara lain, tanpa perlu memikirkan untuk mencipta produk baru dalam pasaran. Beberapa buah negara di Asia kini telah mula cuba mempelajari dan meniru model dasar ekonomi China melalui perdagangan terbuka.


4. Hashtag ganti sain kontrak: Penggunaan hashtag akan mengambil peranan yang lebih penting apabila ia berfungsi sebagai pengesahan bagi terma perjanjian. Misalnya, jika gambar anda mempunyai hashtag berkaitan sesuatu jenama, syarikat jenama tersebut akan menganggap anda telah memberi kebenaran hakcipta ke atas gambar yang anda muat naik dalam Instagram kepada mereka. Oleh itu syarikat jenama tersebut berhak untuk menggunakan gambar anda dalam kempen pemasaran mereka. Di Instagram, semakin banyak syarikat berjenama seperti Crocs menggunakan hashtag sebagai tanda pengguna bersetuju untuk memberi kebenaran kepada syarikat menggunakan gambar yang dimuatnaik.


5. Manusia kawal cuaca: Sebenarnya sistem mengawal cuaca bukanlah perkara yang baru. Sesetengah tempat yang mengalami kemarau berpanjangan atau cuaca berjerebu di paras bahaya akan menabur benih awan bagi menurunkan hujan sebagai penyelesaian. Malah, Amerika Syarikat pernah menggunakan cuaca sebagai senjata peperangan dalam Operasi Popeye di Vietnam bagi melumpuhkan pergerakan tentera musuh. Dalam projek tersebut, hujan diturunkan sehingga menyebabkan musim tengkujuh berpanjangan dari tahun 1967 ke tahun 1972. Akibatnya tentera musuh tidak dapat menggunakan jalan-jalan laluan penting untuk mengangkut bekalan kerana tanah mendap. Sejak kebelakangan ini, golongan jurutera kawalan cuaca (geoengineers) cuba mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap kuasa mengawal cuaca oleh manusia dengan cadangan untuk membuat projek kawalan cuaca lebih telus melalui pengenalan undang-undang pengawalan cuaca pada tahun 2018. - Ayuni Rafilah, 2018: 5 Perubahan Yang Dijangka Akan Berlaku, 8:18 PM, 1.1.18



Foto Cikgu-Cikgu Cantik Di Sekolah 2018

$
0
0
Foto Cikgu-Cikgu Cantik Di Sekolah 2018 | Kenapa cikgu-cikgu sekarang semuanya cantik belaka ni? Padanlah ramai bapa bersemangat nak hantar anak ke sekolah... malah yang belum ada anak pun tiba-tiba berebut nak hantar anak jiran ke sekolah. Jom hayati kecantikan cikgu-cikgu sesi persekolahan 2018 yang persis model ini...


Buat Menu Dropdown Dengan CSS

$
0
0

Buat Menu Dropdown Dengan CSS | Jom belajar buat menu dropdown menggunakan CSS dalam platform Blogspot. Ada dua jenis menu dropdown yang anda boleh cuba buat dalam tutorial kali ini iaitu Hover dan Click.


JENIS HOVER

Buat senarai dropdown yang muncul bila cursor lalu ke atasnya.

1) Letak HTML di mana-mana anda ingin tempatkan menu dropdown (contohnya, sidebar, footer, dalam posting entri dan sebagainya).



2) Pergi ke Theme kemudian Edit HTML dan cari kod ini



3) Copy paste kod CSS berikut dan letak di atas kod tadi.



4) Klik Save dan lihat hasilnya.


JENIS CLICK

Buat senarai dropdown yang muncul bila cursor klik ke atasnya.

1) Langkah yang sama seperti untuk menu dropdown jenis Hover, cuma perlu tambah kod fungsi button onclick="myFunction()" untuk membuat senarai muncul hanya apabila butang diklik:



2. Copy paste kod CSS berikut dalam Theme sama seperti kaedah untuk menu dropdown jenis Hover di atas. Bagi menu dropdown jenis Click kod .show {display:block;} ditambah pada hujung CSS



3. Klik Save dan lihat hasilnya


**Perhatian: Anda boleh tukar warna latarbelakang menu dengan menukar kod hex di bahagian berwarna merah background-color: #4CAF50;

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018

$
0
0

Tarikh Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2018 | Berikut adalah maklumat penting berkaitan tarikh bayaran bonus kakitangan awam 2018 yang akan dibayar sebanyak dua kali pada awal Januari 2018 dan Hari Raya Aidilfitri 2018:

● Kakitangan Awam : RM1,500
● Pesara Kerajaan : RM750

Tarikh Bayaran Bonus 2018 Kakitangan Awam & Pesara Kerajaan 

1. Tarikh Pembayaran Pertama : Pada 8 Januari 2018
● RM1,000 (Kakitangan Awam)
● RM500 (Pesara Kerajaan)

2. Tarikh Pembayaran Kedua : Menjelang Hari Raya Aidilfitri 2018
● RM500 (Kakitangan Awam)
● RM250 (Pesara Kerajaan)

Semoga perkongsian tentang tarikh pembayaran bonus kakitangan awam 2018 ini boleh dijadikan panduan untuk anda membuat perbelanjaan bersama seisi keluarga.

Pengemis Antarabangsa Bermewah Di Malaysia

$
0
0
Pengemis Antarabangsa Bermewah Di Malaysia | Siapa sangka bahawa aktiviti mengemis boleh menjadi kerjaya yang membawa hasil lumayan, malah membolehkan pengemis merantau ke serata dunia secara mewah melalui wang pemberian orang ramai sahaja?

Benjamin Holst, 32, pengemis antarabangsa dari Jerman.

Benjamin Holst, seorang pengemis profesional dari Jerman, baru-baru ini ditemui giat mengemis di hadapan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum kembali ke bilik hotel di mana dia menginap di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Dia dilihat memegang sebiji cawan kertas sambil meminta derma dari beberapa penunggang motorsikal dan pemandu kereta di tepi jalanraya. Agak menarik apabila didapati ramai rakyat Malaysia memberi derma kepada Benjamin secara sukarela, hingga ada yang sanggup merentasi seberang jalan semata-mata hendak memberikan wang kepada Benjamin. 

Ramai orang berebut-rebut hendak memberi derma kepada Benjamin Holst, yang kemudiannya menggunakan wang tersebut untuk berseronok bersama minuman keras dan pelacur.

Pengemis berusia 32 tahun tersebut baru sahaja bercuti dari Vietnam dan kini dia mengunjungi Malaysia untuk meneruskan aktiviti mengemisnya. Ini merupakan kali kedua Benjamin datang mengemis di Malaysia. Dia amat menyukai Malaysia kerana orang-orangnya yang pemurah dan baik hati. Bagi Benjamin, pemberian derma oleh orang-orang Malaysia memberinya peluang untuk melancong ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, dan berparti dengan minuman keras dan gadis-gadis di sana.

Status Facebook Benjamin Holst seusai dia mengemis di Kuala Lumpur.

Benjamin menunjukkan bilik hotel di mana dia menginap pada malam itu.

Sebelah kaki kanan Benjamin mengalami penyakit untut (kakinya membengkak sehingga menjadi lebih besar daripada saiz normal) namun keadaan fizikalnya yang kurang sempurna tidak membatasi pergerakan Benjamin untuk mengemis dari sebuah negara ke negara yang lain. Disebabkan keadaan kakinya, ramai yang menyangka bahawa Benjamin memerlukan bantuan kewangan untuk pulang ke Jerman. Namun begitu perkara sebenar adalah sebaliknya - Benjamin seronok menikmati masa lapangnya dia bar dan pusat pelacuran di Asia Tenggara dan jika boleh dia tidak mahu kembali ke negara asalnya.

Netizen dari serata Asia Tenggara berkongsi status tentang Bejamin Holst sambil meminta orang ramai membantunya agar dia dapat kembali ke Jerman. Namun perkara sebenar adalah sebaliknya.

Laman Facebook Benjamin penuh dengan gambar-gambarnya berseronok bersama pelacur-pelacur di pelbagai bar serta hotel mewah dengan wang hasil mengemis yang diperolehinya di Filipina, Hong Kong, Vietnam, Malaysia, Thailand, Kemboja dan Indonesia. Berapa lamakah agaknya Benjamin akan meneruskan kehidupannya yang penuh dengan kepura-puraan ini? - Ayuni Rafilah, Pengemis Antarabangsa Bermewah Di Malaysia, 2 Mei 2017, 6:03 P.M.

Aplikasi Truecaller Bantu Atasi Panggilan Scammer

$
0
0

Aplikasi Truecaller Bantu Atasi Panggilan Scammer | Ramai yang mengadu apabila tiba Tahun Baru pasti ada panggilan dari nombor telefon tak dikenali bertubi-tubi cuba menghubungi. Ayuni pun kerap mendapat panggilan sedemikian dan memang jadi rimas dibuatnya kerana kebanyakannya panggilan yang dibuat oleh golongan telemarketer, pihak ketiga bank dan scammer. Tengoklah log panggilan telefon Ayuni di bawah ni... daripada 7 panggilan, 4 merupakan panggilan spam dan scammer. Mana tak tension Ayuni dibuatnya.


Akhirnya Ayuni terpaksa amalkan tidak mengangkat mana-mana panggilan, kecuali dari nombor dikenali, sehingga pemanggil menghantar mesej melalui aplikasi SMS dan WhatsApp. Namun, ini menjejaskan proses Ayuni hendak berhubung dengan perkhidmatan kourier yang menghantar barang serta pelanggan yang ingin membuat tempahan beg/gadget/website dengan Ayuni. Apatah lagi apabila bukan semua orang ada memiliki WhatsApp.

Jadi Ayuni pun layari Google Playstore dan ternampak aplikasi Truecaller selepas membaca review yang dibuat oleh pengguna lain. Setelah mengenalpasti yang aplikasi ini boleh dipercayai dan telah digunapakai oleh lebih 250 juta pengguna, Ayuni segera memuatnaik ke telefon dan mencubanya sendiri. 


Inilah hasilnya selepas memuatnaik aplikasi Truecaller. Profail pemanggil yang tak dikenali akan dikenalpasti dan ditanda warna merah oleh Truecaller. Sistem ini akan mendedahkan nama orang yang membuat panggilan ke nombor telefon pengguna, lokasi mereka beserta syarikat talian (telco) yang mereka langgani. Bukan sahaja setakat panggilan, malah pengguna juga boleh mengetahui siapa yang menghantar mesej SMS. Jika panggilan dibuat dari pemanggil yang tak diingini, Truecaller akan memberi pilihan kepada pengguna untuk block nombor pemanggil tersebut. Secara otomatik Truecaller akan menghalang setiap panggilan dari nombor tersebut dan siri berkaitan nombor itu daripada menghubungi pengguna. Hebat, kan?

Stor data yang diperlukan untuk memasang Truecaller lebih kurang dalam 50MB dan boleh menghantar backup sejarah panggilan, kenalan dan tetapan di Google Drive.


Setakat ini Ayuni berpuas hati dengan penggunaan aplikasi Truecaller memandangkan ia banyak membantu Ayuni mengenalpasti panggilan mana yang patut dilayan dan yang mana patut diabaikan.  Aplikasi ini amat bagus dijadikan alat dalam langkah pencegahan scam yang sering berleluasa sekarang ni. Sebagai seorang yang sentiasa sibuk dengan karier, Ayuni tiada masa hendak melayan panggilan serta mesej oleh itu aplikasi Truecaller banyak menolong jimatkan masa Ayuni.

Untuk anda yang berminat hendak memasang aplikasi Trucaller juga bolehlah muatnaik aplikasi ini di Google Playstore.
Viewing all 582 articles
Browse latest View live